Perniagaan produk baru di pasaran

Hari ni saya nak beri banyak statistik…

  • 2% daripada orang ramai, terus suka sesuatu yang baru dan menerima sesuatu yang baru
  • 12% daripada orang ramai menerima sesuatu yang baru selepas setahun ianya di pasaran
  • 22% daripada orang ramai akan menerima selepas 2 tahun kemudian…

Jadi, adakah ianya idea yang baik untuk mulakan perniagaan menjual sesuatu yang 100% baru dan berinovasi?

Sekiranya anda ingin menjual sesuatu yang baru di pasaran dan belum pernah dilakukan sebelum ini, fikirkan statistik di atas. Anda perlu mempunyai kewangan yang mencukupi untuk bertahan setahun dua kemudian.

Itupun jangan lupa… lebih 60% lagi masih hanya tunggu dan lihat! 😉
Hendak memulakan sesuatu yang 100% dan belum lagi ada orang buat di pasaran, sememangnya boleh… tetapi, perlu banyak bersabar untuk mendapat penerimaan orang ramai. bersabar dari segi wang tak masuk juga…

Sebolehnya, jangan mulakan sesuatu yang 100% baru sekiranya modal anda adalah terhad.

Inovasi dalam perniagaan bukan bererti perlu 100% berbeza dengan produk yang sedia ada di pasaran… beza 10% pun dah mencukupi.

Kan dah kata… hari ni saya bagi banyak statistik 😉

Apa maksudnya Resell Rights Mentor Jutawan

Sejak ebook Mentor Jutawan dibuka untuk lesen Hak Jualan Semula (Resell Rights), beberapa email saya terima bertanyakan apa bezanya antara:

  • Resell Rights (RR)
  • Master Resell Rights (MRR)
  • Private Label Rights (PLR)

Sebenarnya, Resell rights mula popular dengan penerbitan ebook, di mana usahawan Internet membolehkan pembeli ebook mereka menjual semula ebook, dan mereka mengambil 100% keuntungan.

  • Resell Rights (RR)
    Pemegang resell rights boleh menjual semula sesuatu ebook itu kepada orang lain dan mengambil keuntungan 100%. Namun, pemegang resell rights tidak boleh menjual kebenaran Resell Rights kepada orang lain. Bererti, dia hanya boleh jual ebook sahaja, tetapi tidak boleh menjual hak resell rights.
  • Master Resell Rights (MRR)
    Yang ni, sama seperti di atas, cuma, dia ni ada “Master rights”, kira lagi taiko. Maksudnya, pemilik Master Resell Rights bukan sahaja boleh menjual semula sesuatu ebook itu, tetapi juga, boleh jual “hak resell rights”. Bererti pembeli ebook dari mereka bukan setakat jadi pembaca sahaja, tetapi boleh jual semula ebook-ebook tersebut kerana mereka kini mendapat Resell Rights (RR)
  • Private Label Rights (PLR)
    Yang ni pula bererti, sesiapa yang memilikanya bukan sahaja boleh menjual ebook itu, tetapi boleh alter dan mengubah isi kandungan ebook tersebut. Siap boleh repackage, print menjadi buku dan jual di kedai, boleh ubah nama penulis kepada nama diri sendiri lagi!Pendek kata, bebas buat apa sahaja pada ebook yang dibelinya. Seumpama ebook itu adalah miliknya sendiri.

Jadi, Mentor Jutawan yang diumumkan beberapa hari lepas adalah “Resell Rights” (RR) dan bukan Master Resell Rights (MRR) atau Private Label RIghts (PRR)

Mendapatkan Resell Rights atau Hak Jualan semula adalah satu pilihan untuk memulakan perniagaan Internet sekiranya tidak mempunyai produk sendiri.

Ini kerana, penulis asal ebook (seperti saya ;)) telah bertungkus lumus menyiapkan ebook dan mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan sesuatu ebook. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan resell rights dengan bayaran “lesen” yang dikenakan.

Saya mengambil keputusan membuka peluang Mentor Jutawan Resell Rights/Hak Jualan Semula kerana ramai yang masih tidak tahu hendak menjual apa di Internet. Dan daripada senarai produk dan perkhidmatan RahsiaInternet.com, ebook Mentor Jutawan adalah yang paling laris di pasaran (Ya, lagi tinggi dari jualan buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar!)

mtrblog.jpg

Juga, dengan nama-nama ikon yang sedia ada dalam Mentor Jutawan, ia memudahkan sesiapa sahaja membuat jualan. Sekiranya anda berminat untuk memiliki Hak Jualan Semula ebook Mentor Jutawan yang semamangnya laris di pasaran, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Mentor Jutawan Resell Rights & Laporan X *baru*

Hari ni, ada 2 pengumuman yang agak menarik:

  1. Mentor Jutawan di buka untuk Hak Jualan Semula / Resell Rights (peluang jana pendapatan untuk anda!)
  2. Laporan X terbaru: Demi Masa, 18 Strategi Menjimatkan 80% dari Masa Anda

Resell Rights Ebook laris: MENTOR JUTAWAN

By now, pastinya pembaca-pembaca blog ini ketahui mengenai ebook Mentor Jutawan di mana ia memuatkan temubual saya dengan 7 tokoh usahawan jutawan termasuk, DDFK, Azizi Ali, Billi Lim, Abang Abu, Dato Hushamudin, Dato Azman Ching dan Chef Li. Juga dimuatkan Interview Nizal Mohammad dengan saya sendiri.

Jualan ebook MENTOR JUTAWAN amat tinggi. Dan seperti anda ketahui, bila menjual ebook, keuntungan adalah 100%.

Ramai yang masih tercari-cari produk untuk di jual di Internet dan tak kurang juga tanya saya sama ada saya mempunyai produk untuk mereka jual di Internet.

So, dengan ini, untuk membantu anda yang tidak mempunyai produk untuk di jual di Internet, kami memberi peluang anda mendapatkan Resell Rights ebook laris Mentor Jutawan bersama IK ini!

Apa itu Hak Jualan Semula / Resell Rights?

Resell Rights adalah hak jualan semula. Bererti, anda boleh menjual ebook Mentor Jutawan dan mendapat 100% dari harga jualan. Bererti, kalau anda menjual 20 ebook ini, anda mendapat pulangan RM800. Harga jualan diletakkan pada RM40 minima satu ebook.

Seperti Resell Rights kebanyakan produk di Internet, kami meletakkan hak kepada lesen jualan semula ini, supaya tidak terlalu ramai yang menjualnya di Internet dan menyebabkan persaingan. Buat masa ini, kami hadkan kepada 20 orang pemegang lesen jual semula sahaja.

Klik di sini untuk maklumat penuh ebook Mentor Jutawan dan klik di sini untuk melihat feedback/review pembaca mengenai ebook yang amat laris di pasaran ini!

Untuk mendapatkan Resell Rights bagi ebook Mentor Jutawan, bayaran lesen jual semula adalah RM400 (buat masa ini sebagai harga pengenalan. Pastinya ia akan naik tak lama lagi). Bererti anda hanya perlu menjual 10 ebook untuk break even, dan selebihnya adalah pure profit bagi anda; sampai bila-bila!

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lesen hak jualan semula ebook Mentor Jutawan, klik di sini. Pengedaran lesen hak jualan adalah terhad.

Apa yang anda akan terima:

  • Ebook Mentor Jutawan yang boleh dijualkan semula- keuntungan sampai bila-bila
  • Website template Mentor Jutawan yang digunakan oleh kami- amat efektif mendapatkan pembeli!
  • Marketing materials seperti testimonial dan email untuk tujuan promosi yang sedia efektif

So, jangan lepaskan peluang ini kerana Resell Rights Mentor Jutawan yang kini hanya terhad kepada 20 pemegang lesen sahaja pada harga ini! Pastinya harga lesen akan dinaikkan lagi nanti.

Laporan X terbaru: Demi Masa, 18 Strategi Menjimatkan 80% dari Masa Anda

Laporan X terbaru bertajuk DEMI MASA mengandungi tip-tip bagaimana caranya menguruskan masa supaya dapat mencapai kejayaan dengan lebih cepat!

Kali ini bukan sekadar laporan sahaja, tetapi disertakan juga dengan audio MP3 selama 35 minit tip-tip bagaimana anda boleh menjimatkan 80% daripada masa anda.

Ramai yang tanya, apakah rahsia dan caranya menjadi jutawan pada usia yang muda? Jawapannya adalah dengan memahami masa dan memperbanyakkan masa dalam hidup anda!

Secara purata, seseorang mengambil masa 33 tahun untuk menjadi jutawan. Bagaimana IK boleh lakukan dalam masa 3 tahun?

Untuk mendapatkan laporan X terbaru ini, lawati http://www.irfankhairi.com/laporanX sambil di situ, jenguk-jenguk juga laporan X yang belum anda miliki 😉

IK host untuk program TV perniagaan Internet

Akan datang tak lama lagi, sebuah program TV khas mengenai Perniagaan Internet! Lama juga saya menunggu bila lah agaknya akan ada program TV mengenai perniagaan Internet… dan baru-baru ini terjawab juga.

Sebuah production company milik Erma Fatima (siapa tak kenal Erma Fatima?) telah approach saya untuk saya menjadi hos kepada program TV tersebut. Tajuknya dirahsiakan dulu ok 😉 (banyak juga perlu dirahsiakan dahulu untuk program ini ya.. so, mungkin sesetengah soalan tak terjawab buat masa ini). Minggu lepas bermeeting dengan Kak Erma untuk mengetahui lebih lanjut isi kandungannya.

Dalam program ini, saya akan memberi tip memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, serta terdapat juga segmen tetamu jemputan di mana saya akan temubual usahawan Internet yang berjaya untuk kongsikan juga tip perniagaan Internet yang digunakan.

cbms.jpg

Alhamdulillah, pilot episod telah dirakamkan pada minggu lepas. Kalau diikutkan perancangan, ianya akan ditayangkan sekitar Disember atau Januari.

Berita baik untuk usahawan-usahawan Internet oleh kerana dengan tambahnya pendedahan perniagaan Internet kepada orang ramai, maka lebih ramai lagi akan bersedia untuk membeli secara online 😉

ps: Untuk maklumat lanjut berkenaan Workshop Jutawan Internet, klik di sini.

Psikologi membuat jualan dalam perniagaan

Pagi tadi di Astro Awani, ruangan bersama IK, saya kongsikan tips tentang psikologi membuat jualan.

Kita sedia tahu dalam membuat jualan, kita perlu mendapatkan emosi membeli daripada pelanggan. Berikut adalah beberapa tip menarik emosi seperti yang dikongsikan di Astro Awani, Awani Pagi. versi penuh perlu ikuti Astro Awani lah ok? 😉

  • Wang
    Semua orang memerlukan wang. Gunakan pendekatan “menjimatkan wang” atau “menambahkan wang” pada produk dan perkhidmatan yang dijual. Ini akan menarik perhatian orang rama oleh kerana wang adalah asas keperlua semua orang.
  • Keselamatan
    Wang adalah material. Sesuatu yang boleh dipegang. Keselamatan pula lebih kepada perasaan dalam diri. Cuba gunakan pendekatan menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang lain. Produk seperti CCTV, insurans, airbag kereta menggunakan pendekatan ini.
  • Perasaan ingin disukai
    Semua orang ingin disukai oleh orang lain. Ia merupakan satu keperluan daripada hireraki keperluan Maslow. Gunakan pendekatan produk dan perkhidmatan kita akan menambah nilai seseorang itu dan menjadikannya dihormati dan disukai oleh orang lain.
  • Kesihatan
    Tak kira keadaan ekonomi, kesihatan sering menjadi prioriti setiap orang. Produk seperti vitamins, face mask, food suppliment dan ubat menggunakan pendekatan keperluan ini

Dalam perniagaan, kita perlu melihat psikologi emosi manusia untuk memudahkan jualan. Ini kerana 90% keputusan belian adalah keputusan emosi.

ps: Dalam menjalankan perniagaan Internet juga perlu menggunakan psikologi jualan di Internet. Workshop Jutawan Internet akan mendedahkan psikologi dalam perniagaan Internet juga. Sekiranya anda ingin menyertai Workshop Jutawan Internet, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk pendaftaran dan keterangan lanjut.

Sebelum dan selepas SOHO IK

Seperti yang di janjikan, ini dianya update “Dekor bersama IK” 😉

Sebelum…

Dan selepas…

sohodone.jpg

Alhamdulillah, selepas 2 minggu sibuk dengan proses pindah rumah, finally SOHO saya pun dah sedia… itulah “view” saya ketika buat kerja dari rumah. sekarang ni menulis blog ni pun, camtu lah view saya…

As you can see, bilik saya penuh dengan apa yang saya minat… hujung sana, designer chair and guitar untuk melayan lagu. Belah kanan tu, meja pool, bila time-time penat buat kerja, boleh main pool kejap ;). On the table, ada my ipod- tak leh tinggal punya… d IK’s best friend 😉

Tip hari ini…

Kerja, kerja juga… tapi ada masanya kita perlu rehat dan lakukan apa yang kita minat. Kalau kerja 24jam tanpa berhenti pun, tak bagus juga. Take a break… dengan hanya taking a break daripada kerja, anda akan boleh mula kembali fresh dan produktiviti pula meningkat. Dan break terbaik adalah dengan melakukan apa yang kita minat…

ps: Oh ya.. bahagian kanan bilik saya (tak terlihat di gambar) terletaknya saya punya library. Gambar yang ni saya simpan dulu sebab tak surprise la kalau tunjuk semua kan? 😉 Buku-buku yang kat lantai dan juga dalam kotak di gambar “Sebelum” semuanya tersimpan di home library saya… insyaallah lain kali boleh update!

Bahasa dan gaya yang sama dalam perniagaan

Dalam perniagaan, ianya banyak membantu sekiranya kita lakukan gaya dan bahasa sama seperti pelanggan kita. Ertinya, cara kita berkomunikasi dengan pelanggan, biar sama atau hampir menyerupai pelanggan. Ini akan merapatkan ikatan dan kenalan antara usahawan dan pelanggan.

talkin.jpg

Saya pernah terbaca seorang jurujual yang pandai mendapatkan pelanggan, mengikut gaya dan style pelanggan apabila berunding- gaya pemakaian sehingga sekiranya pelanggan merokok, dia pun merokok sama (walaupun bukan seorang perokok)!

Beberapa hari lepas, saya ke Sungai Buloh (nak beli pokok bunga, maklumlah, pindah rumah), dan saya bawa bersama seorang pekerja warga Bangladesh saya, namanya Jahangir.

Di kedai-kedai pokok Sungai Buloh, saya biarkan si Jahangir sahaja yang menawar dan membeli pokok bunga kerana yang menjaga lot kedai kebanyakannya warga Bangladesh. Apa yang terjadi, kami mendapat sehingga 50% diskaun… sememangnya tidak akan saya dapat berunding sebegitu, tetapi, apabila Jahangir melakukan untuk saya, maka banyak diskaun yang kita dapat.

Dalam perniagaan, cuba ikut gaya dan bahasa pelanggan kita supaya menjadi lebih mesra dan mendapat jualan yang rundingan yang terbaik!

ps: Bila saya hantar kereta ke workshop untuk diperbaiki juga, saya cakap ala-ala cina dengan tauke workshop. Lebih mesra! 😉

Proses pindah.. memenatkan

Seminggu juga tak update blog. Wow… satu record baru bagi saya 😉

Bagi pengunjung Tip Satu Minit, maaf sebab lama tak update blog. Proses pindah rumah ni memang memenatkan. hari tu saya ada sebut akan update perkembangan SOHO saya, so, ini dianya…

Minggu lepas saya postkan gambar ni…

step1.jpg

Bilik kosong.. baru cat warna merah & cream… merah= my fav color… (Tahukah anda!: Masa saya di Kolej & University, kawan-kawan panggil “Red” dan masa chat/berforum online, sebelum kenal perniagaan Internet, 10 tahun lepas nickname saya “Merah”)

Gambar seterusnya, kotak-kotak dahu masuk. Mostly buku-buku saya. On average seminggu saya khatam satu buku Insyaallah. Kebanyakan buku-buku perniagaan, motivasi & wang. by now, blinds & grill pun dah pasang…

step2.jpg

Next… gambar buku-buku dah kena punggah… memang banyak. Bilik pun jadi macam kapal karam… kalau nampak carpet warna merah tu, ada la laptop saya. Sebagai tempat SOHO sementara 😉 Kesian… atas lantai je…

step3.jpg

Seterusnya, perabot pun masuk… hmmm… agaknya apa la perabot yang ada… Dua orang tengah pasang IK punya “special request” untuk diletakkan kat tengah-tengah my SOHO…

step4.jpg

Yang ni pula tengah pasang meja… so, lepas ni tak perlu SOHO atas lantai 😉

setp45.jpg

Ok… barang dah masuk… perabot pun dah kautim. So, ini gambar terbaru SOHO IK… masih lagi dalam keadaan kapal karam sebab belum kemas lagi, but at least ada la meja untuk buat kerja. Juga… tu diaa… kat tengah-tengah my SOHO ada pool table sebagai tempat beriadah sebab saya minat main snooker & pool 😉

So, lepas penat-penat buat kerja & business… boleh shoot some pool, siapa nak join? 😉

step5.jpg
View daripada meja kerja saya

Buku-buku masih lagi dalam proses kemasan dalam library saya… nanti dah siap beberapa hari lagi, saya akan tunjuk gambar complete SOHO saya 😉

Thanks for visiting & insyaallah tip satu minit akan kembali tak lama lagi. Harap bersabar ya!

Jangan pandang rendah pesaing

Ramai usahawan melakukan kesilapan memandang rendah pesaing mereka. Mereka mengabaikan pesaing-pesaing utama dengan alasan dalam hati mengatakan “Ahh.. strategi dia pastinya tak menjadi!”.

competition2.jpg

Ini adalah satu kesilapan yang besar kerana memandang rendah pesaing hanya mengaburkan mata kita daripada strategi sebenar yang dilakukan oleh pesaing. Jangan lupa pesaing juga mempunyai strategi tersendiri untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.

Apa yang terbaik anda boleh lakukan adalah hormati pesaing anda yang berjaya. Jangan pandang rendah pesaing terbaik anda. Pelajari strategi yang dilakukan dan perbaiki perniagaan sendiri berdasarkan kekuatan yang ditunjukkan.