Suka saya umumkan 3 aktiviti IKSB bulan ini, dan juga ingin mengambil peluang menjemput teman-teman pembaca Tip Satu Minit. Bukan jemput ke “open house” tapi, lebih kurang la, sebab saya snediri tak buat open house π
- Aktiviti 1: Jemputan ke majlis pelancaran “Impian” U-Mobile.
Sabtu 25hb, jam 3.00 petang akan berlangsung pelancaran program perniagaan U-Mobile, “Impian” dan juga majlis sidang media saya sebagai duta Impian. Jadi, di sini, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan rakan-rakan Tip Satu Minit untuk turut serta hadir π Sudah tentunya percuma, tetapi, perlu reserve kan tempat ok, oleh kerana terbuka kepada 50 yang booking terawal sahaja.
Terdapat sedikit free door gift, makan-makan, dan juga persembahan khas oleh band kami “Blood Brothers”! (jangan lepaskan ni- baru rock!). Blood Brothers= Razzi Rahman (vocal), Muzamil (lead guitar) & IK (rythm). Bila lagi nak tengok Razzi Rahman penyanyi yang popular satu ketika dulu beraksi secara live! π
Tarikh: Sabtu 25hb Oktober 2008
Waktu: 3.00pm-5.30pm
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur
Aturcara majlis…
3.00pm – Ketibaan tetamu & rakan media
3.15pm – Majlis MOU dan pelancaran bermula
3.40pm – Persembahan “live” Blood Brothers!
3.50pm – Jemputan menjamu makanan petang
4.00pm – Majlis pelancaran tamat
4.15pm – Preview pertama perniagaan “Impian” U-Mobile
5.30pm – Tamat preview
Sebab saya takde open house, ini kira open house saya lah ok? π Sejurus selepas sidang media & majlis pelancaran, Impian akan mengadakan taklimat- jadi, bagi mereka yang ingin mengetahui sama ada Impian boleh menjadi perniagaan ‘impian’ anda, jangan lepaskan taklimat ini. Alang-alang dah ada di situ, why not ketahui lebih lanjut right? Sekurang-kurangnya dapat ilmu perniagaan yang menarik!
*** TERBARU: JEMPUTAN TELAH DITUTUP! HARAP MAAF… DAH FULLY BOOKED. BAGI YANG TELAH MENGHANTAR RSVP, SILA TUNGGU EMAIL CONFIRMATION. TQ!***
- Aktiviti 2: Workshop Mini terhangat di Pasaran
Pada hari yang sama, sebenarnya, sebelum pelancaran Impian (25hb, pukul 9.00 pagi), saya menjalankan workshop mini *terbaru* saya iaitu “Terhangat di Pasaran”. Memang hangat pun, kerana kini tinggal 5 sahaja tempat kosong!
Di Workshop Mini Terhangat di Pasaran, saya akan kongsikan cara dan strategi bagaimana anda boleh menghasilkan produk informasi (ebook) yang terhangat di pasaran untuk meraih pendapatan perniagaan melalui Internet. Jangan lepaskan peluang ini kerana workshop mini seterusnya belum lagi tahu akan dijalankan bila.
- Aktiviti 3: Workshop Jutawan Internet
Workshop perniagaan Internet 1# terlaris akan dijalankan pada keesokan harinya pula pada Ahad 26hb. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, join us di Workshop Jutawan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
So, itulah dianya 3 aktiviti IKSB 2 minggu akan datang π
Jadi, check kalender anda, kalau free, apa kata sertai mana-mana aktiviti IKSB di atas! Oh ya, jangan lupa… majlis pelancaran Impian U-Mobile, akan terdapat persembahan live daripada band kami: “Blood Brothers”. Kalau siapa sebelum ni terlepas kami di pelancaran MIBO, haaa… inilah masanya π Jumpa di sana!