Mentor Jutawan: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

Kali ini sedikit sedutan dari Mentor Jutawan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah…

===================

Saya lihat perniagaan Dato”™ “˜Excel Training & Consultancy”™ amat berjaya Alhamdulillah. Apa tips untuk jadikan perniagaan itu berjaya?

DDFK: Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer… (edited)

Pada pendapat Dato”™, di Malaysia ini, ada tak banyak ruang untuk memulakan perniagaan yang baru (pioneer)?

DDFK: Masih banyak lagi. Saya baru masuk kedai Sup and Bun. Perniagaan yang simple sahaja. Sup Ekor dan roti.Tapi oleh kerana presentation yang luar biasa ramai yang berkerumun. Apa yang kita buat sebenarnya boleh menjadi pakar, tetapi dengan syarat mesti kreatif, mesti luar biasa, mungkin produknya sama, cuma pakejnya berbeza. Kita cuma inovasi, dan ia akan menjadi luar biasa. Dan untuk mendapat inovasi, kena mendapat ilham dari Allah, kena buka pintu hidayah, dan bersihkan hati kita luar dan dalam… (edited)

===================

Ulasan jawapan DDFK: Saya ingin DDFK dedahkan apa yang membuat perniagaannya (motivator/trainer) berjaya sehingga beliau menjadi motivator #1 di Malaysia, dan secara telus DDFK menjawab, menjadi pioneer! Begitu juga dengan saya katanya.

Sememangnya menjadi pioneer, atau pertama dalam industri akan memberi pulangan yang lipat kali ganda kepada anda. Namun, soalan utamanya adalah, adakah lagi ruang untuk menjadi pioneer? Sudah tentu ada! Jawapannya adalah dengan mencari niche sendiri.  

mentorlogo-small.gifBanyak lagi tips-tips bagaimana hendak menjadi hebat dalam perniagaan daripada DDFK. Yang saya berikan di atas ini pun sikit je dan saya dah tebuk2 untuk tujuan preview. Jadi, bagi anda yang belum dapatkan Mentor Jutawan, dapatkan di sini. Memang terlalu banyak permata2 yang disampaikan oleh 8 Mentor Jutawan! 

Tip panas untuk affiliate: Tahniah kerana ramai juga telah memperolehi pendapatan dari program affiliate Mentor Jutawan. Ada affiliate yang mendapat dalam lingkungan RM200 hanya selepas 48 jam menyertai & promosi. Buat masa ini, menurut statistik Mentor Jutawan, bagi setiap 70-80 orang pelawat, seorang akan beli. Dalam kata lain, sekiranya ada 70-80 orang klik banner anda, selalunya anda akan dapat RM10. Mudah kan? Jumlah RM akan meningkat mendadak sekiranya yang klik adalah targeted (kumpulan yang berminat dengan perniagaan & nak jadi jutawan).

Saya akan terus tweak laman web Mentor Jutawan untuk memastikan convertion rate (nisbah pelawat kepada pembeli) semakin baik, jadi, memudahkan anda mendapat RM! Bagi yang belum daftar untuk affiliate, boleh daftar di sini.

Mentor Jutawan: Irfan Khairi

mentorlogo-small1.gifSeperti saya sebutkan 2 hari lepas, minggu ini kita dedikasikan kepada minggu Mentor Jutawan!

Sejak launching, tak di sangka, ramai dah mendapatkan Mentor Jutawan, baru 2-3 hari, dah lebih dari 100 pesanan! Bagi anda yang belum memiliki ebook terbaru saya, boleh dapatkannya di sini. Memang terlalu banyak testimonial2 positif yang kami terima dan insyaallah kami akan update soon (tak sempat update sebab krew sibuk sangat memproseskan pesanan!). Dapatkan Mentor Jutawan di sini.

Berikut adalah sedikit sedutan dari “Mentor Jutawan”. Mentor: IK

===================

Nizal Mohammad: Ertinya adalah kita yang perlu menentukan dan memilih samada kita mahu teruskan Uuntuk jadi jutawan) ataupun tidak, itu terpulang kepada individu masing-masinglah ya?

IK: Ya. Ianya adalah terpulang kepada individu masing-masing. Kita perlu menetapkan keputusan dalam hal ini. Seseorang itu akan berjaya sekiranya dia membuat keputusan untuk berjaya dan baru dia akan nampak dan fokus kepada satu matlamat yang ditetapkan itu.

Saya berada di studio bersama Nizal ketika ini juga adalah pilihan saya hari ini, mungkin daripada hasil perjalanan yang telah saya pilih 10 tahun lepas.

Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini. Begitu juga, keadaan kita hari ini. Ianya adalah hasil daripada pilihan dan keputusan yang mungkin kita lakukan satu tahun lepas, lima tahun lepas atau sepuluh tahun yang lepas.

*Dapatkan Mentor Jutawan di sini!

===================

Ulasan jawapan saya: Sememangnya, apa yang kita pilih hari ini akan tentukan keadaan kita bulan depan, tahun depan, 10 tahun lagi dan seterusnya.

Saya sendiri dalam keadaan sekarang ni, menulis blog pada pukul 11.04 pagi ini juga adalah keputusan yang saya lakukan pada tahun 2006 untuk memulakan blog. Saya mencapai keadaan financially free pada umur awal 20 tahun juga oleh kerana keputusan saya lakukan ketika umur 18 tahun. Saya memperolehi RM1juta pada umur 25 tahun juga adalah keputusan untuk memulakan perniagaan Internet pada umur 22 tahun. (Sekiranya anda ingin pelajari strategi saya memulakan perniagaan Internet dari rumah, klik di sini untuk Workshop Jutawan Internet. So, jangan lepaskan!.)

Jadi, cerminkan pada diri sendiri. Apakah keputusan anda sebelum ini yang membawa anda kepada hari ini? Bayangkan tahun-tahun akan datang pula. Segalanya akan ditentukan oleh keputusan yang anda lakukan hari ini 🙂

So, dalam apa sahaja, lakukan keputusan yang betul, yang tepat dan yang bermanfaat kepada anda.

mentorlogo-small1.gif

Esok, saya akan postkan sedikit sedutan dari Mentor lain pula, dan memberi sedikit ulasan!

Sebelum itu, saya nak akhiri dengan sedikit tip untuk affiliate-affiliate Mentor Jutawan. Sekiranya anda belum sertai lagi, sertai percuma di sini.

Tip panas untuk affiliate: Minggu ini kami di IKSB tidak akan menghantar email promosi Mentor Jutawan ke mailing list kami yang mengandungi berpuluh ribu nama/email. Ini kerana untuk memberi ruang kepada anda mendapat ramai sub affilates terlebih dahulu (2-tier). Kami fikir, kalau kami lakukan promosi di email, nanti ramai pula yang join affiliate program secara terus di bawah kami dan tidak di bawah anda.

So, saya beri peluang anda promosikan dulu kepada pembaca-pembaca setia blog saya ni dan dapatkan sebanyak mungkin sub-affiliates. Setiap kali sub affiliates buat jualan, anda akan dapat RM free! Boleh buat belanja IK makan kat gerai 🙂

Mentor Jutawan dilancarkan!

Yang ditunggu telah tiba! Mentor Jutawan kini dilancarkan 🙂

 

 

Sejak soft-launch 2 hari lepas, ramai telah pun membeli Mentor Jutawan. Ucapan terima kasih kepada semua yang telah membeli, walaupun soft launch tanpa baca website/testimonial. Kiranya off the bat, anda sudah mempercayai Mentor Jutawan!

Alhamdulillah juga, berpuluh-puluh email positif yang diterima dari pembaca. nanti saya akan compilekan untuk dimuatkan di ruang testmonial Insyaallah.

Jadi, bagi mereka yang belum lagi mendapatkan Mentor Jutawan, kerana nak tahu lebih lanjut sebelum beli, apa kata lawati http://www.irfankhairi.com/mentor

Semua info mengenai Mentor Jutawan ada di sana… 🙂

Nota:

  • Mentor Jutawan masih lagi baru dan kini versi 1.0. Biasanya dalam sebulan dua produk di lancarkan, berbagai-bagai pembaharuan, penambahan dan pembetulan di lakukan pada ebook tersebut (maklumlah, tiada produk yang perfect). Jangan risau, sekiranya berlaku sebarang perubahan, penambahan dan pembetulan, anda yang sudah membeli akan mendapat free upgrade bila tiba masanya.
  • Penting: bagi yang dah beli, saya cadangkan download versi terbaru. Gunakan link yang sama, username & password sama seperti dalam email yang anda terima oleh kerana versi terbaru mengandungi beberapa free gift yang tidak terdapat masa soft launch

mentorlogo-small2.gifOkay… sekarang mengenai program affiliate mentor Jutawan pula, yang ramai tertunggu tunggu sejak awal minggu ni. Sukacita dimaklumkan, program affiliate Mentor Jutawan Beta telah pun dibuka untuk pendaftaran!

Mengapa Beta? Seperti ebook, pada fasa awal, semestinya ada perubahan untuk jadikan program ini lebih sempurna. Jadi dalam sebulan dua ini, beberapa perubahan akan dilakukan bergantung kepada komen & permintaan affiliate. Secara ringkasnya, buat masa ini (sempena launching):

  • Komisyen bagi setiap jualan adalah RM10. Ertinya, komisyen 25% dan bukan 20% seperti saya sebutkan sebelum ini.
  • Komisyen bagi 2-tier adalah RM2 (sub affiliate)
  • Pembayaran dilakukan terus ke bank account anda. Jangan lupa isikan maklumat bank anda di bahagian profile.
  • Pembayaran kami nak cuba cara special sikit… akan di bayar 2 kali sebulan. Macam cadangan gaji pegawai kerajaan 🙂 Pada 1hb dan 15hb setiap bulan. So, anda dapat komisyen dengan lebih cepat & kerap!
  • Pembayaran minimum dari pihak kami, kami cadang pada RM20

Ok. Buat masa ni, itu beberapa maklumat. Seperti saya sebutkan, ini fasa Beta, jadi diberi masa, kami akan tweak kan lagi program affiliate Mentor Jutawan untuk bagi lagi cantik dan memberi pulangan terbaik untuk semua.

Juga, saya cadangkan anda baca terms & conditions ketika signup. 2 perkara yang penting adalah, dalam mempromosi, Spamming, tak boleh. nanti kena ban. Also, bagi yang cuba nak buat klik/sale fraud, sistem kami install memang canggih. Kalau didapati melakukan, kena ban. Jadi, dalam menjana pendapatan melalui Mentor Jutawan, biarlah cara beretika. Oleh kerana IKSB mempromosikan perniagaan Internet yang sebenar, we will not compromise tindakan-tindakan yang tidak beretika. Terus kena ban.

So, jangan berlengah lagi… boleh daftar sekarang di http://www.irfankhairi.com/mentor/affiliate

Tip:

  • Sebaiknya anda memiliki ebook Mentor Jutawan oleh kerana baru anda tahu apa sebenarnya anda jualkan. Lagipun, takkan rugi punya sebab terlalu banyak info berharga di dalamnya.
  • Cara terbaik untuk mendapat jualan adalah melalui review. Lakukan review ikhlas mengenai Mentor Jutawan dan sertakan link affiliate anda.
  • Minggu ini, saya akan buat “Minggu Mentor Jutawan” dengan meletakkan sedikit extract temubual di Tip Satu Minit. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan lagi Mentor Jutawan kepada orang ramai supaya memudahkan anda untuk mendapat komisyen dari jualan & 2-tier.

Sekiranya ada soalan, boleh tinggalkan di ruang comment di bawah. Juga, saya minta bantuan mereka yang sudah familiar dengan “program affiliate” untuk bantu rakan2 yang tak berapa familiar dengan program affiliate. Takut saya tak terjawab semua soalan2 nanti 😉

Mengapa ramai masih ragu-ragu membuat belian di Internet?

Sudah lama menunggu, tapi mana program affiliate Mentor Jutawan ni? 

 

mentorlogo-small2.gif

 

Kasi suspense sikit! dalam beberapa jam sahaja lagi laman web Mentor Jutawan + program affiliate akan online! So, bersedia ok! jangan lupa untuk daftar awal-awal!

By the way, terima kasih atas pembeli2 awal Mentor Jutawan- ramai tak di sangka-sangka. Belum ada website lagi tu! Saya masih menunggu beberapa sahaja lagi testimonial. 2-3 je lagi dah kautim 

==========

Sebelum tu, saya ingin buka satu perbincangan berkaitan dengan perniagaan Internet dan minta anda beri idea-idea yang bernas ok?

Soalannya!

Apa yang akan membuatkan seseorang itu takut untuk buat belian online? Mungkin anda mempunyai kenalan yang “tak percaya langsung” melakukan online transaction (atau tak tahu!). Bagaimana caranya untuk hilangkan keraguan orang beli online?

Sedikit cerita!

Ketika saya di UK 5 tahun dulu, saya dah tak pergi kedai runcit. Internet adalah lifestyle. nak beli barang2 runcit macam beras, telur, ikan, pisang, gula! semuanya  saya guna Internet je. Masuk laman web hypermarket, kemudian order segalanya. 3-4 jam kemudian, mereka akan hantar ke rumah.

Kita di Malaysia bagaimana?

Soft launch “Mentor Jutawan”

Ramai yang tertunggu-tunggu sejak awal minggu ini lagi tentang “Mentor Jutawan”, tak perlu tunggu lagi kerana kali ini, Mentor Jutawan boleh didapatkan sempena soft launch 😉

Mengapa soft launch dan bukan full launch? Nanti saya cerita kan… sebelum tu, saya nak kongsikan kisah “Mentor Jutawan” terlebih dahulu…

mentorlogo.gif

Mentor Jutawan adalah produk digital, atau e-book. Ianya adalah koleksi transkripsi terpilih temubual saya dengan 8 ikon-ikon jutawan Malaysia.

cwm.jpgIdea ini datang daripada sebuah buku yang pernah saya baca bertajuk “Conversation with Millionaires” oleh Mike Litman. “Conversation with Millionaires” telah menjadi buku best seller.

Sedikit mengenai Mike Litman, beliau adalah pakar motivasi jutawan yang mempunyai rancangan radionya tersendiri bernama “The Mike Litman Show” di mana Mike menemubual ikon-ikon jutawan USA termasuk Robert Kiyosaki, Jack Canfield, Mark Victor Hanson, Robert Allen, Jim Rohn, Jim McCan, Jay Conrad Levinson dan ramai lagi.

Sounds familiar? Ya betul… itu lah cetusan idea program radio saya “Jutawan Bersama Irfan Khairi” di Radio24 daripada tahun lepas sehingga beberapa bulan lepas yang kini tamat musim pertama (menunggu musim kedua sekiranya ada rezeki).

Jadi, “Mentor Jutawan” adalah transkripsi temubual bersama 8 ikon jutawan Malaysia termasuk:

  1. Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
  2. Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
  3. Chef Li (Jutawan Senyap)
  4. Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
  5. Billi Lim (Jutawan Berani Gagal)
  6. Dato’ Hussamuddin (Pengasas Kumpulan Karangkraf)
  7. Abang Abu (Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapore)
  8. IK (Jutawan Internet ) ditemubual oleh Nizal Mohammad

Ebook ini memuatkan motivasi, inspirasi, strategi, yang terbukti untuk mempercepatkan anda menuju jalan kebebasan kewangan. Bayangkan hanya satu idea dan mutiara daripada mereka dapat melipat kali gandakan kewangan anda!

Sejak awal minggu ini, ramai yang tertunggu-tunggu program affiliate, tetapi bagi saya, informasi yang dikongsikan oleh jutawan-jutawan ini nilainya jauh lebih tinggi daripada program affiliatenya! 🙂

So, kini tiba masanya untuk “soft launch” dan anda boleh jadi antara yang pertama mendapatkan strategi ikon-ikon jutawan ini. Mengapa soft launch dan tak terus launch je?

  • Kami memerlukan testimonial untuk ebook ini. Sebab belum ada pembaca, maka, tiadalah testimonial. Pembeli terawal ketika soft launch akan diberi peluang untuk menulis testimonial. So, testimonial yang terpilih akan dimasukkan di muka surat jualan nanti. Saya expect “Mentor Jutawan’ akan jadi hot (maklumlah, nama-nama hebat terlibat), so, bagi yang memberi testimonial, dapat lah mempromosikan laman mereka melalui link di muka surat Mentor Jutawan. Testimonial terpilih sahaja!
    =
  • Kami memberi peluang kepada yang berminat untuk menyertai program affiliate terawal untuk mendapatkan ebook ini, dan baca terlebih dahulu. Untuk membuat “good review” memakan masa sedikit. Seperti saya sebutkan dalam posting sebelum ini, cara terbaik untuk promosikan program affiliate adalah melalui review. So, dengan memiliki ebook ini awal, anda boleh baca and review siap-siap dulu dan menyusun strategi untuk menjadi affiliate. Bila program affiliate ini launch 100% insyaallah hujung minggu ini, anda boleh terus promote dengan review yang dah siap! Maknanya, lepas beli, jangan promote lagi… sebab program affiliate hanya akan diaktifkan dalam 2-3 hari lagi.
    =
  • Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan ilmu daripada mentor-mentor jutawan ini, dan tidak berniat untuk menyertai program affiliate atau memberi testimonial, kami tak mahu melengahkan lagi keluarkan ebook ini. Time is money, jadi, sekiranya anda inginkan maklumat hebat secepat mungkin dan tak mahu menunggu program affiliate dan laman siap dibina, maka, anda boleh dapatkan sekarang!

 So, itulah 3 sebab soft launch ini.

mentorlogo.gif

Tanpa melengahkan masa lagi, pesanan untuk ebook “Mentor Jutawan” kini dibuka. Jadilah antara pembaca terawal mengetahui MINDA, STRATEGI dan RAHSIA MENTOR JUTAWAN anda! 😉 

Updated: Dapatkan di sini (full launch)

 

Program affiliate “Mentor Jutawan” hampir sedia

Melihat dari posting hari Jumaat, ramai juga yang berminat! Mana taknya… peluang buat duit, ye tak? 🙂 Kami pun tak sabar nak lancarkan ni… cuma beberapa update terkini:

  1. Produk “Mentor Jutawan” sudah 100% siap!
  2. Program affiliate juga sudah 100% installed… kami menggunakan Post Affiliate Pro untuk memastikan semua affiliate akan menerima komisyen sepenuhnya.
  3. Laman web je belum siap lagi 🙂

Insyaallah tak lama lagi… mungkin posting saya lepas ini, semua dah ready!

Ada beberapa tip yang saya nak kongsikan hari ini:

money.jpg1: Program affiliate “Mentor Jutawan” ini adalah “program affiliate 2-tier”. 2-tier maksudnya, katalah anda, signup sebagai affiliate secara percuma. Anda akan mendapat link. Contoh: www.irfankhairi.com/ID12345

Apabila anda letakkan link tersebut di laman web anda, atau dalam email kepada kenalan anda, sekiranya link tersebut di klik… dan pelawat/rakan anda membeli produk “Mentor Jutawan”, anda akan dapat komisyen. Ini dipanggil 1st-tier.

Sebagai tambahan, sekiranya pelawat/kenalan anda itu pula menyertai program affiliate Mentor Jutawan secara percuma, mereka juga akan mendapat link. Contoh www.irfankhairi.com/ID67890.

Apabila mereka letakkan link tersebut di laman web mereka, atau dalam email kepada kenalan mereka, sekiranya link tersebut di klik… dan pelawat/rakan mereka pula membeli produk “Mentor Jutawan”, mereka akan mendapat dapat komisyen sebagai 1st-tier. Tetapi, yang bestnya… anda juga akan mendapat komisyen sebagai 2nd-tier!

Ini baru goyang kaki dapat duit!

2: Oleh sebab konsep 2-tier ini, sebab itulah siapa yang menyertai awal dan mendapat ramai rakan mereka juga signup sebagai affiliate “Mentor Jutawan”, mereka akan mendapat untung extra. So, take note… dan bersiap sedia untuk daftar as soon as kami lancarkan ok? 🙂

3: Daripada pengalaman saya, untuk maksimakan pendapatan melalui affiliate, strategi yang paling berkesan sekali adalah dengan memberi review/recommendation ikhlas mengenai sesuatu produk. Meletakkan banner sahaja di laman anda, tidak berkesan.

Sebaiknya, anda dapatkan sesuatu produk itu, dan beri pandangan dan review. Review/recommendation yang positif dan ikhlas dari anda akan menarik sesiapa sahaja membaca review anda untuk turut membeli produk tersebut.

Dan anda akan mendapat komisyen daripada memberi pandangan yang ikhlas. Bukan sahaja dapat duit, dapat pahala lagi kerana membantu orang 😉

So, in other words, sebaiknya, kena beli lah Mentor Jutawan 🙂

Berapa harganya?

Oleh kerana saya fikir ingin memudahkan lagi ramai pembaca Tip Satu Minit menjalankan perniagaan secara affiliate, boleh dikatakan “Mentor Jutawan” diletakkan pada harga yang agak rendah, berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang.

Ini akan memudahkan anda mempromosi “Mentor Jutawan” untuk mendapatkan pulangan/komisyen. Tapi, content dia… memang umph. Mana taknya… ramai ikon jutawan terlibat! Oleh kerana itu juga, “Mentor Jutawan” mempunyai tarikannya tersendiri untuk memudahkan anda mendapat komisyen!

Pertama kalinya ikon-ikon jutawan Malaysia digabungkan dalam satu produk…

Ok… cukup lah teaser untuk hari ini. Mudahan, next posting saya adalah pelancaran “Mentor Jutawan”!

=============== Pengumuman ===============

Hari Selasa ini 15 hb July, saya & team GoMibo akan berada di Cititel, Midvalley untuk taklimat percuma MIBO. Mungkin Dato Dr Azman Ching pun akan turut serta. Saya & Dr Azman akan memberi tip dan strategy jutawan kepada anda. So, bagi anda yang belum lagi hadir taklimat percuma MIBO, sertai kami. Bawa kawan-kawan, saudaramara dan kenalan (FREE je):

Selasa 15hb July 2008
Cititel, Midvalley, Bangsar
8.00malam-10.30malam

Yang join berpeluang makan malam dengan saya & Azman Ching minggu depan :).

“Mentor Jutawan” akan datang…

Minggu depan agak exciting sikit kerana kami akan lancarkan sesuatu yang dinamakan “Mentor Jutawan”

Apa yang bestnya, bukan sekadar product sahaja, tetapi juga sebuah program affiliate yang memberi komisyen 20% kepada anda 🙂

So tunggu!

Bagi yang tak familiar dengan program affiliate, ia adalah program di mana:

1: Anda daftar secara percuma
2: Anda akan dapat link ke halaman “Mentor Jutawan” ini…
3: Sesiapa yang klik pada link anda dan mendapatkan “Mentor Jutawan”, anda akan dapat komisyen dalam bentuk RM

Langkah 1-2-3 sahaja… so, ini kiranya heads up untuk anda oleh kerana selalunya, bila program affiliate, yang sertai awal akan mendapat pulangan yang lebih!

Tunggu… Mentor Jutawan!

ps: Hari Selasa ini 15 hb July, saya & team GoMibo akan berada di Cititel, Midvalley untuk taklimat percuma MIBO. Mungkin Dato Dr Azman Ching pun akan turut serta. Saya & Dr Azman akan memberi tip dan strategy jutawan kepada anda. So, bagi anda yang belum lagi hadir taklimat percuma MIBO, sertai kami. Bawa kawan-kawan, saudaramara dan kenalan (FREE je):

Selasa 15hb July 2008
Cititel, Midvalley, Bangsar
8.00malam-10.30malam

Yang join berpeluang makan malam denagn saya & Azman Ching minggu depan 😉 Untuk maklumat lanjut apa kemende MIBO ni, klik di sini…

Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?

konsep1.jpgBulan ini saya dipaparkan sebagai cover story majalah baru bernama “KONSEP”. Majalah ini baru masuk keluaran ke-3. Keluaran pertama, cover story Nurul Izzah & keluaran kedua pula Amy Search. Yang bestnya, saya keluar lepas Amy Search tu. Peee wit! 🙂 Baru rock!

Soalan di cover majalah Konsep: Kenapa IK tak gemar baca Akhbar?

Apa yang saya nak kongsikan adalah, sekiranya minda kita dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan… itu yang bahaya.

Contohnya, kalau kita terdengar kawan kita kata:

“Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkar dengan 200 ular berbisa selama satu minggu”

Selalunya apa yang kita fikirkan? Sering kali negatif:

  • Kerja gila si polan tu, kena patuk ular, terus gol… baru dia tau (dah gol, nak tau apa lagi ye tak?)
  • Takde kerja si polan tu, nak cari publisiti murah!
  • Buang masa je, baik buat benda lain yang berfaedah & tak bahaya!

Betul kan? Ini kerana zaman ini, bila kita didedah dengan terlalu banyak perkara negatif, maka, negatif lah dalam pemikiran kita. Ini menjadikan berfikir negatif  itu mudah. Sebabkan berfikir negatif itu mudah, sebab itu banyak point-point yang negatif akan keluar dulu dengan pantas.

Lawannya pula adalah berfikir positif. Kini, untuk berfikir positif anda perlu usaha lebih sikit. Sebab ia menjadi sukar berfikir positif. Mungkin anda fikir:

  • Wah, hebat si polan ni. Sudah tentu polan ni melalui latihan minda dan fizikal yang amat tinggi nilainya!
  • Bagus juga si polan ni, silap-silap dapat masuk dalam Book of World Records! Mari kita beri sokongan!
  • Kalau si polan boleh melakukan sesuatu yang luar biasa, aku pun boleh juga! Ini satu inspirasi!

Setuju tak bahawa berfikir negatif adalah mudah dan berfikir positif adalah susah?

Itu adalah antara sebab saya tak baca akhbar, untuk memastikan saya kurang terbaca berita-berita negatif dengan niat untuk mem-positifkan diri saya 😉

Tapi, majalah saya baca… majalah yang beri informasi-informasi positif… atau kalau akhbar tu keluar cerita mengenai saya, baru saya beli 🙂

So, kalau ke kedai, dapatkan majalah Konsep. Bagus juga majalah ni, size dia kecik, macam Reader’s Digest. Isi kandungan juga amat baik- banyak informasi ilmiah. Lebih kurang konsep Reader’s Digest boleh dikatakan, dan banyak menitik beratkan Islam. Tahniah kepada majalah “Konsep”!

*Note: kalau anda jenis suka baca akhbar, jangan risau- takde salahnya. Boleh teruskan sahaja. Cuma, perlu latih diri supaya tak ter-influence dengan berita negatif yang dibaca dan tidak terbawa-bawa kepada diri sendiri 🙂

Perniagaan Internet di Malaysia Hari Ini (MHI)

Bagi yang terlepas MHI di TV3 ketika Mazidol Sidek interview saya, berikut adalah interview tersebut sudah diuploadkan di YouTube. Interview kali ini ada tip-tip perniagaan Internet especially bagi mereka yang masih baru dalam perniagaan Internet.

Selamat menonton!

*Tip YouTube: tekan play, kemudian, tekan pause. Tunggu loading bar habis load (dalam 5 minit), kemudian baru tekan play balik untuk pastikan klip tak tersekat-sekat macam Astro bila hujan turun 😉

Bahagian 1: 8 minit

Bahagian 2: 9 minit

Workshop Jutawan Internet akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet, dijemput sertai kami. Klik di sini! Atas permintaan ramai, kami juga akan ke Singapore.

Memulakan perniagaan yang hebat

Soalan: Apakah lawan/opposite kepada perniagaan yang hebat?

Kebanyakan akan menjawab: “Perniagaan yang tidak hebat… atau perniagaan yang lemah… atau perniagaan yang kurang menarik”

Tetapi, disitulah satu kesilapan!

Jawapan: Sebenarnya, lawan kepada perniagaan yang hebat adalah “Perniagaan yang baik!”

Aik? Mengapa begitu?

Ini kerana, perniagaan yang baik, tidak akan mendapat promosi mulut-ke-mulut (word of mouth). Ianya dikatakan 60% pelanggan perniagaan anda datangnya daripada word of mouth. Perniagaan yang baik adalah satu kesederhanaan. Semua pelanggan expect yang terbaik. Tetapi, sekiranya perniagaan anda adalah hebat, maka, di situlah pelanggan akan recommendkan kepada orang ramai!

Zaman ini dalam keadaan persaingan perniagaan yang amat tinggi, “Perniagaan yang baik” tidak mencukupi. Sekiranya anda ingin benar-benar berjaya, pastikan anda menjalankan perniagaan dengan hebat!

Zaman dulu 10…20 tahun dulu, di mana tiada banyak persaingan, “Baik” adalah mencukupi. Tetapi tidak lagi sekarang, ianya memerlukan anda menjadi “HEBAT”. Kalau tak hebat, di situlah perniagaan anda akan menjadi perniagaan yang sederhana.

ps: Workshop Jutawan Internet terdekat akan dijalankan. Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan Internet yang hebat, sertai kami. Klik di sini…