Pelancaran Cayalah!

Yang ditunggu pun telah tiba! Ramai yang menghantar email bertanyakan pelancarannya sejak 2 bulan lepas lagi… dan finally, team Cayalah! pun sudah bersedia di hadapan desktop masing-masing!

cayalahsmall1.gif

KONSEP:
Konsep yang akan digunakan oleh Cayalah! adalah perkhidmatan mereka cipta laman web perniagaan Internet ber kos rendah. Idea ini saya sudah simpan agak lama dah, cuma tidak tahu hendak menggunakan pendekatan bagaimana. Sehingga lately ni mendapat ilham daripada AirAsia- menggunakan harga rendah kepada pelanggan dengan mengurangkan kos di mana yang boleh.

MASALAH:
Dalam mencari idea memulakan perniagaan, apa yang saya sering nasihatkan adalah mencari “masalah”, kemudian, berikan penyelesaian. Masalah yang sering saya lihat kini adalah perniagaan Internet mula mendapat sambutan di Malaysia, cuma, apabila melihat laman web usahawan Internet, ianya kurang profesional dari segi reka cipta. Ini memberi tanggapan tidak profesional, lalu, mengurangkan keyakinan dan kredibiliti sesuatu laman web itu dan mengurangkan jualan 🙁

Contoh SEBELUM mendapat sentuhan Team Cayalah…

hg-old.jpg

Laman web yang tidak profesional akan mengurangkan peluang jenama sesuatu perniagaan itu meningkat!

PENYELESAIAN:
Cayalah! adalah, ia berkonsepkan website “face-lift” di mana sasaran pelanggan adalah mereka yang sedia memiliki laman web, tetapi, ianya tidak begitu berjaya oleh kerana tidak kelihatan profesional. Cayalah! akan memberi sentuhan “face-lift” dan mencipta laman web yang lebih profesional agar dapat meningkatkan kepercayaan dan memudahkan jenama sesuatu laman web itu diterima.

Contoh SELEPAS mendapat sentuhan Team Cayalah!

hg-new.jpg

Laman web yang profesional mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh dunia! Keyakinan dan kepercayaan pelawat meningkat= Jualan dan keuntungan turut meningkat!

Mungkin ramai yang tertanya, berapa harganya? Kos rendah… tetapi how much? Well, untuk mendapatkan jawapannya, sila ke http://www.RahsiaInternet.com/cayalah

Memang murah!

Tetapi, sedikit cliche’… murah-murah pun, ini harga pelancaran sahaja. Bagi mereka yang ingin merebut harga ter-rendah ini, perlu melakukan secepat mungkin sebelum harga promosi dinaikkan (masih rendah) 🙂

Jadi, klik di sini untuk mendapat keterangan lanjut! Memang Cayalah!

cayalahsmall1.gif

Apa yang kita promosi, bukan itu yang untung

Dalam menjalankan perniagaan, tidak semestinya apa yang kita promosikan adalah apa yang membuatkan kita keuntungan yang maksima. Ini juga adalah strategi dalam perniagaan.

Sebagai contoh, kalau kita lihat iklan McDonalds, apa yang sering dipromosikan? BigMac kan?

Sebenarnya, bagi McDonalds, apa yang membuat keuntungan yang banyak adalah Fries & Minuman- dan bukannya BigMac.

Strategy ini adalah untuk anda mengetengahkan sesuatu yang menarik sebagai promosi. Dalam kes ini, BigMac yang besar dan kelihatan lazat….

Tetapi, dalam mendapat keuntungan yang maksima, adalah dengan menjual sesuatu yang mempunyai margin keuntungan besar dan permintaan tinggi! Dalam kes ini, fries & minuman.

BigMac menjadi daya penarik sahaja, walaupun orang tidak ramai yang beli, namun, keuntungan datang dari produk-produk lain (yang pastinya orang akan beli). Bagaimana anda dapat gunakan strategy ini dalam perniagaan Internet anda?

Saya juga menggunakan strategy ini untuk RahsiaInternet.com. sesiapa perasan? 😉

ps: Seminggu juga kita bercuti di Tip Satu Minit… ada yang masih lagi bercuti? 🙂Insyaallah esok, ada satu pelancaran produk Rahsia Internet baru! 🙂 Tungguu… (tiada hadiah bagi yang teka betul)

Ucapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya 2007

Assalamualaikum,

ketupat.jpgCuti raya dah bermula, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan Rahsia Internet.com, peserta Workshop Jutawan Internet dan juga pembaca setia Tip Satu Minit!

Kepada mereka yang menghantar Kad hari raya dan juga ucapan SMS hari raya, terima kasih banyak-banyak, tak sempat membalas kesemuanya! 🙁

Terima kasih atas sokongan anda semua sejak 2005 sehingga 2007 ini.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari saya sekeluarga & krew Irfan Khairi Sdn Bhd!

-Irfan Khairi

ps: Tip Satu Minit pun cuti sehingga minggu hadapan. Apa kata ruang ini kita buka untuk ucapan selamat hari raya & bersembang raya. Saya beraya di KL! Raya tahun ni balik mana? Mana la tahu ada yang sekampung boleh melawat 🙂

Nampak apa yang kita mahu nampak

Kita sebagai manusia yang punyai akal fikiran akan nampak apa sahaja yang kita mahu nampak. Maksud saya kali ini adalah, kita akan menggunakan fikiran kita untuk “mengiyakan” sesuatu itu sekiranya itu yang kita mahu dalam fikiran kita.

Sebagai contoh, dahulu kala ketika kisah Skim Cepat Kaya Pak Man Telo, ramai yang telah mengatakan bahawa skim tersebut adalah “skim cepat kaya” dan akan “rugi sekiranya masuk”, “Risiko yang amat tinggi dan tidak mempunyai lesen yang sah”, “Skim yang pasti akan musnah oleh kerana konsep piramidnya… haram!”, “Mereka di peringkat awal sahaja yang akan mendapat keuntungan”… dan sebagainya.

Namun begitu, yang memasuki skim cepat kaya sebegini berpuluh ribu peserta! Kesemuanya tidak mahu nampak kata-kata yang negatif itu (bagi mereka ianya negatif), oleh kerana mahu nampak bahawa skim sebegini boleh membawa keuntungan dengan cepat. Kata-kata negatif semuanya di sambut dengan, “Hari tu jiran aku labur, dapat balik RM1,000!”, “Aku labur RM5,000 sahaja, kalau rugi pun, RM5,000 sahaja”, “Hari tu aku labur RM5,000 dapat balik RM10,000… baik aku cuba labur RM50,000 pula” dan sebagainya…

kita akan nampak

Bukan sekadar skim cepat kaya sahaja, malah, apa sahaja isu akan mengundang “nampak apa yang kita mahu nampak”.

Sekiranya seseorang itu telah dituduh melakukan sesuatu yang kurang baik. Bagi mereka yang membenci orang tersebut, sudah pasti akan mengatakan “Ah… memang pun dia macam tu. Aku tak terkejut dia lakukan perkara itu!” Namun, bagi mereka yang menyukai seseorang itu akan mengatakan “Aku tak percaya dia lakukan itu… ini mesti orang nak cuba jatuhkannya yang melakukan fitnah”.

There are always two sides of a coin. Ada yang melihat sesuatu dengan pandangan positif, dan ada yang melihat pada pandangan negatif. Anda akan nampak apa sahaja yang anda mahu nampak- sama ada melihat positif sesuatu perkara, ataupun melihat negatif sesuatu perkara. Adakalanya juga, yang positif anda lihat, adalah negatif di mata orang (seperti contoh skim cepat kaya diatas)

Berbagai-bagai sokongan dan hujah akan bermain di fikiran anda sendiri untuk mengiyakan apa sahaja yang anda mahu nampak.

Fahami konsep ini, dan anda akan fahami kelakuan manusia. Gunakan konsep ini untuk memajukan dan membina diri anda sendiri. Pilih untuk nampak perkara-perkara yang boleh memanfaatkan anda dan bukan perkara-perkara yang boleh merugikan diri anda sendiri! 🙂

Pilihan di mata anda sendiri!

Simpanan yang tidak dikira

Hari ini di segmen motivasi kewangan saya di WW bersama Irfan Khairi di Astro Awani, saya menjelaskan mengenai simpanan yang tidak dikira.

Kita tahu bahawa kita harus menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada rezeki kita untuk masa hadapan. Sekiranya pendapatan kita RM2,000, perlu simpan RM200. Sekiranya suami isteri (anggap keduanya berpendapatan RM2,000) maka, simpanan bulanan adalah RM400.

Nak jadi jutawan, agak lama pada kadar pulangan pelaburan 10%- lebih 30 tahun!. Tetapi, perlu ingat 3 faktor yang kita tidak mengambil kira:

  1. Sekiranya makan gaji, gaji akan naik apabila diberi masa melalui pengalaman.
  2. Sekiranya menjalankan perniagaan, pengalaman akan mengajar memaksimakan keuntungan apabila diberi masa.
  3. Sekiranya makan gaji, EPF juga akan menambahkan simpanan & pelaburan kita di masa hadapan.

Sebenarnya, untuk mencapai simpanan RM1 juta, tidak sesukar yang disangka. Hanya perlu menyimpan secara berterusan dan berdisiplin.

Contoh:

Suami isteri yang berpendapatan RM2,000 seorang dan menyimpan/melabur 10% iaitu RM400 setiap bulan, akan berjaya mencecah RM1juta dalam masa 32 tahun (lebih kurang). Tetapi, masanya agak lama!

Namun, apabila di kira EPF, untuk mencapai RM1 juta, ia mengambil masa dalam lingkungan 25-30 tahun. Masih lagi lama!

Tetapi, sekiranya pendapatan mereka bertambah RM200 setahun, dan masih menyimpan 10%, untuk mencapai RM1juta adalah kurang dari 25 tahun!

Kini, mencapai angka 1 juta adalah milik semua, walaupun berpendapatan sederhana – 😉 Mudah kan? But… start saving now!

Bila kelemahan menjadi kekuatan

Anda pernah dengar tak nama penyanyi Mika? Yang menyanyikan lagu popular “Grace Kelly”? Mika juga menyanyikan lagu tema bagi channel Star World di astro. Mika ni, agak unik cara nyanyiannya oleh kerana sering menyanyikan melodi tanpa lirik dengan suaranya. (kalau tak kenal pun takpe… )

Beberapa hari lepas, saya mengikuti satu temubual yang agak menarik. Peminat channel E lah katakan! 🙂  Mika mengatakan bahawa…

I don’t know how to play many music instruments. So, I have to compensate my weakness with my voice.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa penyanyi tersebut mengakui kelemahannya dan mengubahkan kelemahan tersebut sebagai satu kekuatan.

Adakah anda mempunyai kelemahan? Akui kelemahan tersebut tetapi, ubahkannya menjadi kekuatan. Contoh…

Contoh:

  • Sekiranya anda adalah perniagaan baru & muda, ia merupakan kelemahan oleh kerana orang ramai akan melihat anda tidak berpengalaman. Oleh itu, anda perlu ubahkan kelemahan tersebut dengan mengetengahkan bahawa, perniagaan yang baru dan muda adalah lebih dinamik dan lebih terkini! (kekuatan)
  • Begitu juga sekiranya perniagaan anda sudah lama, orang mungkin menganggap anda sudah lapuk (kelemahan). Oleh itu, anda perlu ketengahkan anda adalah perniagaan yang berpengalaman bertahun-tahun lamanya! (kekuatan)

Jangan jadikan kelemahan anda atau perniagaan anda sebagai alasan. Ubahkannya menjadi kekuatan dengan hanya mengubahkan perkataan dan cara anda mengetengahkan kelemahan & kekuatan anda sahaja 🙂 

ps: Rakaman Radio 24 saya belum sedia lagi… as soon as possible, bila siap, saya akan masukkan di sini ok… 🙂

Irfan Khairi di radio

Pengumuman:

Esok (Ahad 30hb September) saya akan ditemuramah di Radio24 mengenai perniagaan Internet. Bagi anda yang mempunyai masa terluang, tune in to Radio24 (channel radio baru yang dilancarkan oleh Bernama)

rad24.gifTemuramah bersama saya berkenaan “Perniagaan Internet” (rasanya lah :)) akan berlangsung pada jam 10.00am-11.00am 12.00pm (tak pasti bila!).

Tune in to Radio24 di 93.9FM radio anda atau bagi mereka online, boleh dengar secara live streaming di http://www.radio24.com.my

Jumpa di radio! 🙂

Aduhai Kad Kredit!

Tip kali ini daripada segmen saya di WW-Bersama Irfan Khairi hari ini di Astro Awani. Saya memberi beberapa tip mengenai Kad Kredit! Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah 🙂

ww1.jpgRamai antara kita mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit! Ini disebabkan, penggunaan kad kredit yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hutang keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata kad kredit pun malu-malu…

Sering kali, apa yang dilakukan adalah membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.

Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…

… ianya akan mengambil lebih kurang 19 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda? Sebagai tambahan, anda akan membayar hampir RM10,000 secara keseluruhan!

Di situlah terjadinya jerat kad kredit… setiap kali anda membayar baki minimum, masih terdapat lagi baki-baki lain yang dikenakan dalam lingkungan 18% interest.

ww2.jpgJadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi! 🙂

Jumpa lagi di minggu hadapan di WW- bersama saya!

Perbaiki 10% sahaja

Di sini saya ada satu cara paling baik dan paling pantas membina perniagaan yang pasti berjaya- hampir guarantee!

Caranya adalah memperbaiki sesuatu idea perniagaan yang berjaya sedia ada.

Ianya dikatakan, dengan hanya perbaiki atau improvement sebanyak 10% sahaja sesuatu yang sedia ada, anda telah temui formula mencapai kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Tidak perlu 100% pembaikan pun… 10% pun sudah mencukupi untuk mendapat pasaran yang besar.

Ramai yang menyangka, untuk memulakan perniagaan, perlu mencipta idea baru yang 100% unik. Sememangnya, itu adalah satu cara… di mana kebarangkalian kegagalan adalah agak tinggi. Risiko juga adalah tinggi.

Namun, sekiranya anda memperbaiki idea perniagaan yang berjaya sedia ada, kebarangkalian untuk gagal adalah lebih rendah oleh kerana model yang diikuti adalah model perniagaan yang sedia mempunyai permintaan 🙂