Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama:
IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?
DDFK :Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama”™-ulama”™ yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah “˜umattan wasata”™ ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.
Pertengahan itu dikatakan seperti “ala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur”. Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: “Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik “. Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.
Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?
Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama”™-ulama”™dan ulama”™ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu “˜balance”™. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.
Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi “˜jumud”™ atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata, “Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”. Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.
IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.
So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan berkata-kata “buat apa lah nak kaya-kaya… bukan boleh bawak masuk kubur pun…”, anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah Kamsah lagi 🙂


Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah procrastinate. Atau melewatkan-lewatkan masa kerja.
Tip itu saya tulis kira-kira 640 hari lepas. Sekiranya anda mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 640 jam membaca buku sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata bermakna anda telah membaca 90 buah buku berkaitan dengan bidang anda.
Selalunya saya je yang masuk majalah. Tetapi, keluaran Feminin & Famili bulan ini, isteri saya, Shazrina juga turut keluar sama. Bagi yang pernah ke
Bagi anda yang ingin tahu cerita lebih lanjut mengenai saya & isteri, boleh dapatkan majalah Feminin & Famili bulan ini dari kedai mamak (iklan!). Gambar depan Kak Ogy Ahmad Daud & anaknya.

Sekiranya anda tidak pernah menonton theater, kalau anda pergi juga menonton P Ramlee Musical, saya jamin anda juga akan jatuh cinta dengan theater Melayu! (this particular one-lah) Thanks to my bro Adlin Aman Ramlee for getting us great seats 🙂
Dari tahun lepas lagi saya dah berminat untuk tengok P Ramlee the Musical oleh kerana reviewnya yang amat positif- dan memang sepatutnya. Tapi, oleh kerana jadual agak sibuk, melepaslah tahun lepas punya shows. Sehingga baru-baru ini, saya pun kenal lah dengan sorang brother ni, Adlin Aman Ramli