Jutawan! bersama Abang Abu

Bagi yang mengikuti program radio saya malam tadi, sudah pasti teruja dengan tetamu jemputan “Jutawan! bersama Irfan Khairi”- Abang Abu!

Mungkin ramai tak kenal Abang Abu di Malaysia, tapi Abang Abu memang cukup terkenal di Singapura! Famous Abang Abu ni… bukan setakat hebat berniaga sahaja (berbagai bagai perniagaan!)… berlakon pun dia jugak di Singapura 🙂

abu_irfan_poster_small2.jpg

Abang Abu adalah insan yang bertaggungjawab membawa Workshop Jutawan Internet ke Singapura. So, saya amat berterima kasih pada Abang Abu. Tapi apa yang lebih menarik mengenai Abang Abu adalah sikapnya yang sentiasa positif dan sedia menerima dan berkongsi idea!

Setiap kali saya ke Singapura, pasti saya akan dapat idea baru perniagaan, dan bersama-sama Abang Abu akan melancarkannya! Kalau 5 kali ke Singapura, maknanya ada 5 idea baru lah yang akan kami usahakan. The ideal business partner!

Satu tip dari Abang Abu semalam yang saya ingin kongsikan hari ini kepada anda adalah…

Semua orang perlukan ABU! 🙂

Eh, bukan maksudnya semua perlukan Abang Abu (but not a bad idea juga :))… tetapi maksud ABU adalah…

  • A – Always
  • B – Beleive in…
  • U – You!

Berpegang pada konsep A-B-U, setiap kali saya dapat idea baru, saya akan terus melancarkannya sebab saya percaya ia akan menjadi!

Bagi mereka yang terlepas rancangan Jutawan semalam, don’t worry, insyaallah rakaman akan disediakan tak lama lagi- di Malaysia dan juga Singapura! Salah satu tembual yang anda MESTI ikuti!

Duit sen vs duit kertas

Sebab sibuk, tak sedar lak dah lama tak letakkan tip kewangan daripada “Wanita & Wang” di Astro Awani! Macam mana lah boleh terlepas pandang :)…

Tip Kewangan dari WW (walaupun hari ni bukan hari Khamis), khas untuk anda yang susah nak save duit… sampai hujung bulan, sedar-sedar takde duit yang dijimatkan.

Apabila berbelanja, belanja hanya duit ringgit sahaja. Duit sen, jangan dibelanjakan… simpan dalam tabung! Kira menabung la…

Maksudnya, kalau beli majalah Rm6.50, bayar duit Rm10 merah… kedai pulangkan RM3 duit kertas and 50sen duit syiling…

50sen tu, by default, terus masukkan ke dalam tabung.

Kalau pada hari yang sama, nak beli gula-gula harga 20sen, jangan gunakan 50sen syiling yang dalam poket tu. Sebab 50sen tu dah kena masuk ke tabung! Jadi, gunakan RM1 duit kertas…

Baki duit syiling 80sen yang diterima, dimestikan masuk tabung bersama duit 50sen tu tadi 🙂

Dalam erti kata lain, guna duit kertas sahaja… apa sahaja duit syiling, anda simpan dalam tabung.

Kalau tak pernah try ni, cuba-cuba try… khas bagi mereka yang sering dalam keadaan kesempitan wang, cara ini akan menjimatkan berpuluh-puluh RM setiap bulan untuk dijadikan wang pelaburan ASB 😉

ps: Tip ni saya beri ketika episod “Bujang Tak Berduit”. Khas untuk anda yang bujang trang-tang-tang & sedang berjimat untuk berkahwin! 🙂

Kepakaran & kemahiran tidak mencukupi

Sekiranya anda mempunyai kepakaran dan kemahiran, tetapi anda tidak mempunyai kemahuan dan disiplin untuk mengasahkan kepakaran tersebut dan memasarkannya, kepakaran dan kemahiran tersebut tidak akan dapat membantu kekayaan anda.

Sering saya beri contoh di Workshop Jutawan Interenet bahawa, saya ni bukannya hebat sangat dalam merekacipta (designing). Lagi ramai muda-mudi di Malaysia yang lagi hebat dari saya dalam bidang designing.

Tetapi, saya mempunyai ilmu dalam memasarkan rekacipta saya.

Lihat sahaja penyanyi seperti Mawi. Adakah tiada penyayi lain yang lagi baik daripadanya? Sudah tentu ada, tetapi, pihak ASTRO mempunyai pengetahuan strategi dalam memasarkan Mawi.

Bagaimana pula dengan pelakon terkenal Rosyam Nor. Adakah pelakon lain lebih hebat dari Rosyam? Mungkin, ada… tetapi hanya duduk di rumah dan tidak memasarkan kemahiran lakonannya.

Mempunyai kepakaran dan kemahiran sahaja tidak mencukupi. Anda perlu tahu cara untuk memasarkan kepakaran & kemahiran anda. Dalami ilmu pemasaran supaya kepakaran dan kemahiran anda dapat memberi pulangan tertinggi kepada diri anda.

Satu cara dalam mempelajari kaedah memasarkan kemahiran dan kepakaran anda adalah dengan banyak membaca buku biografi ikon-ikon yang berjaya dalam bidang masing-masing untuk mempelajari bagaimana mereka memasarkan kepakaran & kemahiran mereka! 🙂

ps: Sekiranya anda mempunyai kepakaran & kemahiran & ingin memasarkannya melalui Internet, Workshop Jutawan Internet telah di buka pendaftarannya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.

JUTAWAN! Waktu baru, hari baru :)

Berita baik bagi anda yang sering terlepas program bicarawara “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” oleh kerana waktu siaran yang tidak sesuai (Khamis pukul 3 petang)…

Kini “JUTAWAN!” telah mendapat slot PRIME TIME baru iaitu setiap JUMAAT pukul 8 malam!

Jadi, bagi anda yang terlepas, jangan risau lagi oleh kerana, JUTAWAN kini akan keudara setiap JUMAAT 8 malam. So, tiada lagi alasan untuk lepaskan 🙂

Special untuk anda yang terlepas siaran-siaran yang lalu, malam ini akan disiarkan sedutan ulangan “The Best of Jutawan” daripada 3 ikon jutawan- Jurulatih Jutawan, Azizi Ali! Jutawan MLM, Dato Dr Azman Chin! dan juga Jutawan yang pernah gagal, Billi Lim!

Mulai minggu ini, “JUTAWAN!” tidak lagi disiarkan pada hari Khamis 3 petang, tetapi JUMAAT 8 malam… hari ini adalah hari pertama siaran.

 


Setiap Jumaat | 8.00pm | Radio24 | 93.9FM

 

Tip hari ini, sedikit berkaitan dengan berita diatas…

Ketika pengiklanan di media cetak atau media siaran, dapatkan “PRIME TIME” (waktu terbaik) atau “PRIME SPOT” (tempat terbaik) untuk iklan anda.

  • Prime time di TV adalah waktu malam (waktu orang ramai di rumah). Prime time radio adalah pagi, petang dan malam (waktu orang ramai dalam kereta dan di rumah).
  • Majalah dan surat khabar pula menggunakan PRIME SPOT… ia merujuk kepada muka pertama (kulit) di hadapan belah dalam majalah dan juga muka terakhir majalah. Bagi akhbar pula, iklan yang diletakkan di mukasurat pertama.
  • Pengiklanan Perniagaan Internet ada tak Prime spot? Sudah tentu… banner yang terletak di bahagian atas sekali adalah Prime spot bagi perniagaan Internet 🙂

Jangan lepaskan “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” bermula malam ini di PRIME TIME, Radio24 (93.9FM) atau secara streaming di www.radio24.com.my 8.00mlm setiap Jumaat!

Perniagaan yang memeningkan

Sering saya jumpa usahawan yang berjaya tidak kira yang dah jutawan ataupun yang belum jutawan, sering mengeluh bahawa menjalankan perniagaan amat memeningkan kepala dan memenatkan minda! Preassure beb… stress… semuanya ada.

Ada kalanya saya juga rasa begitu. Memang pening kepala 😉

Namun begitu, megapa teruskan juga perniagaan sekiranya perniagaan ini amat memeningkan dan memenatkan minda? Adakah anda juga rasa begitu? Apa pendapat anda?

Rancangan JUTAWAN – popular!

Pejam celik pejam celik, program bicarawara “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” sudah berlangsung selama sebulan!

Seperti matlamat saya bulan lepas, alhamdulillah, kini program JUTAWAN menjadi antara program yang paling popular di Radio24! Oleh sebab itu, Radio24 kini telah memberi peluang rancangan JUTAWAN! disiarkan pada PRIME SLOT 🙂

Klik di sini untuk membaca matlamat saya mengenai program JUTAWAN! 

Mulai bulan ini, JUTAWAN! bukan lagi berlangsung pada setiap hari Khamis pukul 3.00pm. Waktu baru program JUTAWAN adalah pada setiap hari Jumaat bermula 8.00 malam!

5 ikon jutawan telah bersama saya di JUTAWAN sejak bulan lepas. Seronok saya mengendalikan rancangan ini dan dapat mencungkil strategi jutawan-jutawan Malaysia- sehingga saya sendiri telah mempelajari pelbagai perkara dan berjaya menambahkan pendapatan- betul!

Tip hari ini adalah untuk anda aplikasikan apa yang diajar oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan. Adakalanya saya fikir saya sudah mengetahui banyak strategi perniagaan dan strategi membuat wang. Tetapi, apabila saya membuka fikiran pada idea-idea baru daripada ikon-ikon jutawan, ternyata saya salah! Saya berjaya menambahkan pendapatan saya!

Terlalu banyak cara menjana pendapatan di Malaysia ini. Buka fikiran dan hormati semua jenis perniagaan- tidak kira perniagaan Internet, perniagaan MLM, perniagaan ICT, perniagaan insurans, hartanah, jualan, mail order, perniagaan berbentuk gerai, menjual kosmetik, perniagaan konvensional membuka kedai, membuka booth… dan banyak lagi.

Hormati perniagaan oleh kerana dengan menghormati semua jenis perniagaan (asalkan ianya perniagaan halal!), fikiran kita akan lebih terbuka pada idea-idea baru menjana pendapatan dan menjadikan pendapatan kita tiada hadnya! 😉

Irfan Khairi – duta MIBO

dutamibo.jpgSemalam berlangsungnya majlis pengumuman & sidang media saya sebagai duta MIBO! Tentu anda tertanya-tanya… apa tu MIBO? MIBO maksudnya “Malaysian Independent Business Ownership”. Sebuah produk/perkhidmatan syarikat J & C Pacific!

Rakaman daripada berita Bernama di Astro Ria semalam boleh didapati di http://www.youtube.com/irfanTV

Pendek kata, MIBO adalah peluang keusahawan sederhana besar. Saya kategorikan MIBO ini sebagai peluang perniagaan sederhana besar di mana untuk usahawan yang benar-benar serious dalam perniagaan ICT secara offline- mungkin juga bagi mereka yang sudah sedia mempunyai pengalaman membuka kedai offline.

Saya diberitahu, kini sudah ada 150 usahawan MIBO!

Sekiranya anda ingin tahu maklumat lanjut, lawati keratan akhbar mengenai MIBO sebelum ini di…

Ini beberapa gambar daripada majlis tersebut…

 

ikmibo1.jpg
Saya bersama COO J & C Pacific, Mr Allen menandatangani poster!
ikmibo2.jpg
Sidang media menjawab soalan wartawan… terima kasih kepada wartawan yang snetiasa memberi sokongan!
ikmibo3.jpg
Terima kasih Nizal Mohammad kerana menjadi emcee majlis! I owe you millions!
ikmibo4.jpg
Persembahan Razzi Rahman “Rembulan kesiangan” bersama IK… nantikan album kami
Satu kejutan surprise semalam, rugi sapa yang tak tengok! Saya mengundang Razzi Rahman untuk mendendangkan lagu favourite saya suatu masa dulu, “Rembulan Kesiangan”!

Dan yang lagi mengejutkan, saya mengiringinya dengan bermain guitar! haaa… jangan terkejut. Saya boleh bermain guitar sebenarnya. Usahawan-usahawan juga… tapi rock 90-an memang saya layan 😉

Actually, saya request special performance dari Razzi Rahman untuk nyanyikan lagu “Rembulan Kesiangan” sebab antara liriknya yang dari dulu hingga kini yang saya sering ingat-ingatkan diri saya (dan kini ingin sampaikan kepada anda…)

Apakah lumrah manusia,
Bila terang, ramailah yang datang,
Dan bila, gelap gelita,
Hilang kasih hilanglah saudara…

Namun musim bertukar ganti,
Turun hujan, kemarau pun pergi,
Yang layu kan tumbuh kembali,
Bulan terang datang memuji…

Terima kasih banyak-banyak kepada kenalan wartawan yang hadir serta tetamu-tetamu. Walaupun tak sempat beramah mesra dengan tetamu- harap maaf… saya terpaksa rush ke Melaka oleh kerana ada majlis pada pukul 2pm!

Seronok dapat main guitar & Razzi Rahman menyanyi sebab masa form 4 form 5 dulu saya minat lagu Rembulan kesiangan! Memang dulu tak pernah termimpi saya akan mengiringi Razzi dalam persembahan!

Tetapi, mimpi/impian saya untuk menjadi duta produk/perkhidmatan telah dimakbulkan dengan menjadi duta MIBO.

Malam tadi, di berita Astro Ria, disiarkan coverage majlis tersebut 😉 Nak tengok? Lawati YouTube saya di http://www.youtube.com/irfanTV

See you there!

A day at a time…

cal.gifSejak kebelakangan ini, makin banyak aktiviti saya dan semakin sibuk jadinya… dari mengendalikan segmen “Wanita & Wang” di Astro Awani, mengendalikan rancangan radio “JUTAWAN!” di Radio24 dan kini pula diberi peluang menjadi duta ________.

Teringat saya kepada satu pesanan motivasi yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Take it a day at a time!

Saya menempuh hari, seperti ianya satu hari yang baru setiap hari. Apabila bangun tidur, jangan pula mengeluh dan mengatakan hari ini akan jadi sama seperti hari semalam dan sebelumnya!

Tetapi, percaya dalam hati bahawa hari ini adalah hari yang baru, dan anda adalah orang yang baru yang lebih produktif dan lebih optimistik untuk mencapai apa sahaja kejayaan daripada semalam!

It’s a brand new day! take it a day at a time… 😉

Sidang media Selasa ini

Seperti yang saya post kan di sini, tempat untuk sidang media pengumuman saya sebagai duta _____ sudah penuh. Masih terlalu banyak email yang kami terima oleh kerana ramai yang ingin menghadiri juga. Namun, tak dapat kami penuhi permintaan yang ingin hadir…

Beberapa pesanan:

  1. Sekiranya anda tidak menerima confirmation jemputan dari kami, maka, tempat anda memang tiada. 🙁 harap maaf!
  2. Sebenarnya, sekiranya tiada rezeki anda menghadiri sidang media ini, jangan sedih sangat… oleh kerana, ini adalah “sidang media”. Masa saya hari Selasa nanti kebanyakan untuk pihak media. Sebab itu juga tempat untuk tetamu dihadkan kepada 20 sahaja.
  3. Ini bukan gathering… jadi, mungkin juga tidak berkesempatan untuk saya beramah mesra dengan tetamu lain. Tambahan, sejurus selepas majlis sidang tersebut, saya perlu menghadiri majlis di tempat lain pula- jadi, jangan kecil hati pula kalau saya tak sempat beramah mesra! 🙂
  4. Saya juga turut menjemput beberapa Internet Marketer (IM) Malaysia, yang dah top, dan juga yang menaik top 🙂 Ini kerana sebagai tanda terima kasih saya kepada semua atas sokongan kepada saya sejak 2 tahun lepas. Di samping itu, sedikit sebanyak dengan jemputan ini dapat memberi idea untuk ke bidang media juga! Banyak boleh di pelajari di sidang media! Secara tidak langsung, sidang media saya ini adalah gathering IM Malaysia… tapi, tolak saya lah 😉
  5. Bagi yang menerima jemputan & confirmation dari kami, walaupun saya mungkin tidak sempat beramah mesra dengan anda, tetapi, ada satu KEJUTAN SURPRISE untuk anda yang memberi sokongan dan turut hadir, walaupun untuk sidang media. Memang HEBAT kejutan ini… 🙂
  6. Bagi anda yang tidak dapat hadir pula, jangan risau. Saya akan tulis di sini mengenai kejutan tersebut… so, anda juga tidak terlepas! Cuma yang hadir dapat tahu beberapa jam lebih awal- dan secara langsung!

Insyaallah kalau ada rezeki, boleh satu hari nanti buat gathering dan bertukar-tukar fikiran dengan lebih sempurna 🙂

Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim

Hari ini “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” saya akan menemuramah seorang jutawan yang telah gagal berkali-kali- Billi Lim!

Tak sabar ke studio Radio24 hari ini untuk menemuramahnya!

Ramai antara kita sering gagal… hari ini, saya akan cungkilkan RAHSIA KEGAGALAN dari Billi Lim. Bagaimana hendak menukarkan KEGAGALAN menjadi KEJAYAAN.

Jadi, jangan lupa, temujanji kita di Radio24 93.9FM dari 3pm-5pm atau secara streaming di www.radio24.com.my.

Kalau hendak telefon ketika temubual tersebut, dial: 03-26927939

Jangan lupa temu janji kita di JUTAWAN! dan juga WW bersama Irfan Khairi di Astro Awani 11.30pagi ini. Saya akan sampaikan tip mengenai INSURANS 😉